sistem komputer
Sistem komputer
Sistem komputer merupakan satu gabungan perisian
dan perkakasan komputer
yang memproses data secara bermakna. Sebagai
contoh, komputer peribadi
atau PC merupakan satu sistem komputer yang mudah. Manakala Internet
merupakan satu sistem komputer yang agak rumit.
Komputer yang
paling mudah pun dikira sebagai satu sistem komputer, kerana kedua-dua
komponennya (perisian dan perkakasan) perlu bekerjasama. Dan bila berkata
tentang sistem komputer, satu perkara yang turut diperkatakan ialah
"saling sambungan" (interconnection).
Kebanyakan sistem komputer saling bersambung/berhubung untuk menjadi sistem
yang lebih besar. Penyambungan ini boleh menjadi rumit disebabkan oleh
ketakserasian antara perisian-perisian dan perkakasan-perkakasan sistem
tersebut.
mereka sesuatu
sistem komputer mungkin tidak mengambil kira faktor sambungan produk mereka
dengan sistem lain, contohnya Mac dengan PC. Menjadi tugas penyelia sistem (systems administrator) untuk
menghubungkan berbagai komputer menggunakan satu set peraturan dan kekangan
yang dipanggil protokol; yang
mentakrifkan "pandangan luar" (outside
view) sistem tersebut. Pandangan luar inilah yang menentukan bagaimana satu
sistem bersambung dengan sistem yang lain. Jika dua sistem mempunyai pandangan
luar yang sama, maka ia boleh saling bersambung dan menjadi sistem komputer
yang lebih besar.
"Pandangan
luar" ini biasanya mempunyai piawai tersendiri, yang bermakna ia mempunyai
satu dokumen yang menerangkan semua peraturan yang perlu dipatuhi sesuatu
program atau peranti. Badan antara bangsa seperti Pasukan Bertindak
Kejuruteraan Internet (IETF) atau Institut Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik (IEEE) biasanya menghasilkan atau
mengiktiraf piawaian-piawain tersebut. Jika sesuatu sistem mengikut segala
peraturan tersebut, ia dikatakan "mematuhi" piawaian tersebut.
Organisasi sistem
komputer merupakan cara sesuatu ciri itu dilaksanakan. Ia melihat bagaimana mereka
sistem menggambarkan maklumat kepada CPU, ingatan utama dan storan komputer.
1 comments
3D Iron Bars | TITIAN ART GABLES
BalasHapus3D Iron microtouch titanium trim walmart Bars - TITIAN ART omega titanium GABLES. TITIAN ART GABLES. TITIAN ART GABLES. TITIAN ART GABLES. TITIAN titanium engagement rings ART GABLES. TITIAN infiniti pro rainbow titanium flat iron ART GABLES. TITIAN titanium white octane blueprint ART GABLES. TITIAN ART GABLES.